Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa
Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang
Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Sekuat manapun godaan yang kita hadapi
Sekuat apapun cubaan yang harus kita jalani
Sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai
Sejauh manapun hari-hari yang kita lalui
Jangan berhenti berharap pertolongan Ilahi
kerana HARAPAN adalah masa depan
kerana HARAPAN adalah sumber kekuatan
kerana DOA adalah pintu kebaikan
kerana DOA adalah senjata orang beriman.
Ya Allah, ampuni dosa-dosaku ya Allah...
No comments:
Post a Comment