Blogger Backgrounds

Followers

Friday, October 19, 2012

final exam sem 4




29.10.12- ARAB - 2.30-5.00
,
30.10.12 - EDU TDP - 8.20-11.00,

1.11.12 - AKHLAK - 2.30-5.00,

5.11.12 - JAWI - 8.30-11.00,

7.11.12 - AL-QURAN - 2.30-5.00


nak exam da. adush. kejap je. rasenye baru semalam start sem. (nampak sangat dalam kelas banyak main) tinggal dua miggu. 5% baru cover. ummmm...

Nabi pesan, 

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]

Imam Syafie pernah bekata:

"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" 


Imam Syafie pernah berkata lagi:
"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan."


Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya."

Ibn Jama'ah berkata:
"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal."

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." 
[Az Zariyat 51 : 15 – 18]

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]


semoga menjadi peringatan buat diri ini yang sering lalai.




Saturday, September 8, 2012

makin jauh makinku rindu


Sekejap je masa berlalu, rasanya macam baru hari tu menangis gembira akan kepulangannya di sini. tak diduga hari ini air mata mengalir lagi sebab pulangnya dia ke sana semula. 3 minggu di sini, 3 hari sahaja yang dapat bersua. itupun sudah cukup untukku mengucap syukur Alhamdulillah. walaupun tak lama, namun segala kenangan masih segar dalam ingatan. lagi-lagi kenangan ketam masak lemak. takkan kulupa sampai bila2.

terima kasih kepada yang sudi ke sana ke sini meluangkan masa di sisi. berat rasanya untuk melepaskan pergi. tapi, apalah daya diri ini, perginya bukan menghilang diri, ada yang lebih penting untuk ditelusuri. Doaku di sini, moga tercapai hajat di hati. Menggapai cita yang tinggi. Buat bekalan pulang ke sini. Sebagai tanda membalas budi mak dan abah suatu hari nanti. Aku di sini setia menanti, biar hari berganti hari, doaku untukmu sentiasa mengiringi.

Terima kasih atas segala-galanya. pada setiap korban ruang dan masa.

 Duhai insan yang aku sayangi, selamat meneruskan perjalanan hidup di sana...Moga Allah membantu pada setiap kesusahan dan kesulitan...

Jangan lupa...
jaga solat
makan nasi msti dgn lauk(jgn buat sy nangis tgk awk mkn lg)

Ingat...
sesusah manapun tajuk, setebal mana pun buku, sesempit mana pun masa, sesibuk mana pun ruang, sepenuh manapun kelas, awak mesti boleh:)

Wednesday, July 18, 2012

Saturday, June 23, 2012

Mak...abah...

Ya Allah, please grant my parents health and happiness. Please make me a light in their life, make me a source of laughter and smile, just as they have been for me. Guide them to the straight path, and keep them away from worries and grief.Ya Allah, make me healthy in my body. Ya Allah, preserve for me my hearing and my sight. Ya Allah please grant me a good health and all other my muslim brothers and sisters. Ameen Ya Allah... Rindu mak ngan abah :(

Tuesday, June 19, 2012

wawi cayunkk ;P



Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, berpijak jua diri ini ke Bumi Penyu Betelur tempoh hari.
Alhamdulillah, selamat jua diri ini di sepanjang perjalanan.

Sebelum bertolak,


ditemai ayahanda, bonda dan adinda tercinta, DR.Zawawi
sayu sebak melambai mereka
ingin sahaja diri ini terus bersemayan di singgahsana tercinta
pastinya nanti
rindu bertandang menyelinap di ruang hati
kepada kalian semua.
lagi-lagi pada adinda Dr. Zawawi
yang saban hari berada di sisi
makan bersama
solat bersama
gurau bersama
bantu ayahanda dan bonda bersama
masih segar bayangan tingkah dan gelagatnya di akal fikiran ini


along, jomla makan kfc...


along, nak makan gearbox laaa...


along,belanja wawi mcD long..heeee






gambar yang paling diri ini sayang. puas setiap hari diri ini cuba mencuri2 ambil, kali ni baru dapat.



"anak mak sayang"

xhairanla dia paling disayangi dalam keluarga
pandai amik hati abah dan emak

harap2 kekallah sikapmu itu hingga besar nanti,Amin...

iya,
dialah DR.Zawawi Hj Zulkefli yang selalu diri ini sebut2kan



Thursday, June 14, 2012

seagung cinta Aisyah



Di suatu petang berangin, jari-jemari menari mengikut rentak tarian hati. Tersenyum hati bila diri dihadiahkan sebuah buku oleh sang ratu hati, bonda tersayang. Halaman muka depan yang sungguh membuatkan hati ini terfana, BERBUNGA CINTA AISYAH DI HATI RASULULLAH. 

Mencambah kasih persis bayangan kasih hati nabi,
membugar cinta tanpa sangsi.
Iman dirai
perjalanan hidup bertambah kukuh lagi.
Bagaikan cinta Aisyah,
pengorbanan buat pencinta agung 
yang membawa cinta
terus kepada Ilahi...


Tersentuh hati pada sekilas pesanan,

Pesona kasih haruman ibadah,
jadikan dirimu indah dalam dunia cinta lelaki Mukmin
seumpama keindahan langkah bibit cinta Aisyah
yang segar di hati Rasulullah.


INSYALLAH...

   

Wednesday, June 13, 2012

buatmu sahabat

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, selautan syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana masih menganugerahkan nyawa dan jasad yang diizinkan untuk bernafas di Bumi ini. Selangit doa dan harapan agar diri ini terus dalam limpah rahmat dan kurnianya serta terus berada dalam keberkatan-Nya.

HARI INI...

Diri ini mula menghitung hari untuk berangkat pulang ke negeri orang, nun jauh di sana untuk terus melangkah meneruskan perjalanan kehidupan. SATU semester telah berlalu, pelbagai detik pahit manis, suka dan duka yang kita lalui. Dari awal bermulanya tahun hingga pertengahan tahun, semuanya masih tersimpan dalam diari hati ini.

Duhai sahabat-sahabat yang aku sayangi...

Mungkin kali ini, diri ini banyak mengasingkan diri daripada bersama kalian. Bukan niat untuk menjauhkan diri, tapi hati ini sedang berusaha mentarbiyah diri agar menjadi yang lebih baik di sisi Tuhan. Sedang kalian bergurau senda, mungkin kalian melihat diri ini berseorangan. Tidak, diri ini tetap tersenyum di dalam hati melihat telatah dan gelagat kalian.

Di kesempatan ini,

Ingin sekali diri ini mengucapkan syukran jazilan atas setiap senyuman yang sentiasa kalian hadiahkan saat kita bertaut bahu, ambil berat kalian saat melihat diri ini seperti ada sesuatu, pertolongan kalian saat diri ini seakan-akan dalam kesusahan. JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRAN.

Seiring dengan itu, diri ini ingin memohon seribu kemaafan kiranya diri ini pernah melakukan kesilapan, kiranya diri ini pernah mengguris hati dan perasaan, kiranya diri ini pernah melakukan kesalahan, serendah-rendah hati diri ini mengharapkan kemaafan.

Apa yang berlaku sepanjang perkenalan kita adalah didikan dariNya. Bukan sedikit, tetapi banyak yang dapat diri ini pelajari dari kalian semua. Alhamdulillah, syukur hati ini kerana Allah telah menghadiahkan kalian buat diri ini. InsyaAllah segala ilmu dan perkongsian yang didapati dari kalian akan digunakan dengan sebaik-baiknya.

Iyee,

segala apa yang kuperkatakan tulus dari hati yang ikhlas. Diri ini mohon doa kalian semua, agar kita semua terus berada di jalanNya. Mohon juga teguran kalian jika terlihat diri ini sudah tersasar dari jalan Tuhan. Kalau kita tidak ditakdirkan berjumpa lagi didunia ini, Moga kita ditakdirkan bertemu di syurgaNya nanti.

SELAMAT MENGHADAPI SEMESTER BARU BUAT SEMUA :)

Saidatul Radziah Hj. Zulkefli
Rabu_13 JUN 2012

Tuesday, June 12, 2012

untukmu



Hingga detik inipun
Kamu tak berhenti menyayangiku…
Tak pernah berhenti setiap waktu
Kamu mengatakan Cinta padaku…
Meskipun hari telah larut
Kamu tak letih menunggu…
Setiap kali kulakukan kesalahan
Kamu tetap sabar menjagaku…
Saat Aku lupa akan perhatianmu
Kamu masih ada disitu menemaniku…
Dan ketika Aku Rindu untuk bersamamu,
Kamu tetap berada di situ...
sungguh
betapa
DIRI INI BERASA SANGAT BERTUAH

muhasabah



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, 
akal dan hati berbual tentang soal kasih dan cinta...

di akhirnya,
berkata hati kepada akal,

''muhasabahilah aku''

berbicara akal kepada hati,

''aku juga''

-______-

 

Monday, June 11, 2012

alhamdulillah


While Some People Dream Of Having Your Life ♥

just say ALHAMDULILLAH :)


Thursday, June 7, 2012

;(

i have lived two decades one year...i have been through a lot in my life...obstacles and hardship..but there is still something missing...we were born different...they say I have a perfect life. but...I can still feel the emptiness...there's something I need to do...keep on praying in hope that one day I'll be blessed with what's is best for me...

~ merindui orang jauh... :(

ya Allah,
jangan Engkau hilangkan dia dari sudut hati ini


Tuesday, April 24, 2012

kapok saya :(


merasai kehidupan berlilin hampir sepurnama
beromantik2 dengan mr.nyamuk
hehe
seronoooookkk
dengar kak ya membebel hari2




"bilalaaa nak ade karen ni?'' 


tiba2
teringat pulak kat kapok sy :(
da lama xduduk2 layan perasaan 
sambil nyanyi2 dicorong edmonton.fm
hurmm...

"aku ada kerna kau pun ada..."



:,(


Monday, April 23, 2012

uak h.e

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. walaupun ade se dua soalan yang mengelirukan,terima kasih kepada yang sanggup menemani sy menelaah, tolong kejut bangun, suruh study. terima kasih awk:) hidup terus berputar siang dan malam. tanpa sy sedari, sy sebenarnya dapat merasai nikmat pagi petang dan malam 2 kali sehari. oh INDAHNYA!




siang td sy exam,malam ni awk pula exam. esok lusa awk terus exam. 3 minggu lagi saya pulak exam. insyallah, awk boleh buat paper 'circuit' tu dgn baik. org rajen mcm awk mesti gempak. amin 




xlama lagi sy pulak kene jd rajen mcm awk. huk3. sbb jadual exam pun da kuar minggu lepas. mulai hr ni da start coundown 19 hari lagi nak exam.


14 mei(*) - pengurusan bilik darjah
16 mei     - pendidikan sirah sek. ren
22 mei     - pendidikan ibadah sek. ren
23 mei     - kurikulum bahasa arab
24 mei     - tilawah dan tafsir al-quran


(*) = tidak dapat tidak saya xpernah lupa tarikh ini >,<


utk awk, sbjek material, physic da lepas...skrg mase sy conteng2 ni pun awk tengah pulun sbjek circuit (sory xingat kod) sy doakan smg usaha slama ini akan membuahkan hasil yang baik. ada lagi paper lps ni, buatlah yang terrr BAIK. alang2 berusaha biar sampai ke garisan penamat. 


akhirnya,
saya sedar akn keterbasan ilmu dan kekurangan diri ini, namun pada siapa lagi ingin sy taburkan semangat kalau bukan awk yang selama ini jd punca semangat sy.


jage solat
quran jgn tinggal
usaha sungguh2
call mak abh selalu mnta restu
jage ksihatan


salam rindu dari sy,
dr BUMI MALAYSIA...






Thursday, April 5, 2012

dialah dihati


kehadapan dia yang jauh di mata
diharap sihat2 hendaknya




memandangkan kita sama-sama bakal menghadapi exam yang tak berapa lama lagi, di sini ingin kuucapkan selamat berpulun berusaha mencapai sasaran yang kita sama-sama telah tetapkan. janganlah dikau risaukan diriku di sini. diri ini telah berazam mahu berubah menjadi sepertimu. doaku mengiringi setiap langkah perjuanganmu. kuharap dikau juga mendoakanku. akan kupegang pesanan dan amanatmu sejakku dibangku sekolah lagi, usaha sungguh-sungguh, kejayaan pasti milik kita bersama. terima kasih yang terhingga atas setiap masa yang telah dikau korbankan untukku sungguhpun di sana banyak lagi tugasan-tugasan yang perlu dikau diselesaikan. akhir bicara, jaga diri baik-baik, jaga solat, makan ikut waktu, jaga kesihatan, call mak abah selalu...

sambutlah salam rindu dariku,
saidatul~

Wednesday, April 4, 2012

Pameran Biografi Sirah










Siap lagi 1 tugasan. Ada lagi :
Pameran Ibadah
exam arab
laporan MTQ
laporan Bina Insan Guru
Dokumentasi BIG
laporan pameran Sirah
laporan pameran Ibadah



Tuesday, March 20, 2012











dear,

i'm hearing this song right now

Bila Rindu by Ruffedge 

I dedicate this song for you,baby

you're my inspiration

My thoughts were written down for things I’d never tell


M
I
S
S

Y
O
U
..
.
.




Saturday, March 17, 2012

13 Mac yang lalu, tadaaaa :)



Daripada along


SEMOGA DILIMPAHI BERKAT DAN RAHMAT SEPANJANG UMUR


Daripada Angah

Abah! happy2 slalooo...doakan angah dapat jadi pilot. (badan xsasa ade hari..puiii!)


Dari deq JAi

doakan deq jai dapat jd inspektor! :)


dari Wawi


doakan wawi dapat jadi angkasawan


Daru mak,
hehehe...rahsia.
tetttttt







Tuesday, February 14, 2012

Bila diri disayangi

Da lama tak bersihkan ruangan saya ini. Habis berkulat-kulat, berhabuk penuh sarang labah-labah. Hari ni baru berpeluang menjenguk. Selamat tengah hari buat diri saya sendiri. Hari ni, sungguh...diri ini bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana dikurniakan insan-insan yang sentiasa menyayangi. Seluruh kaum keluarga, dia, mereka dan semuanya...Alhamdulillah.





Mana lagi nak pertaruh kasih, kalau tak bukan pada keluarga yang sememangnya sudah terjalin ikatan. Di sanalah tempat diri ini dicurahkan dengan curahan kasih sayang hakiki. Suci... Tempat diri ini meluah rasa. Tempat diri ini merasai nikmat indahnya bahagia. 


Pada dia yang tak pernah jemu mencurah cinta, ada dikala diri ini gembira dan sedih. Tempat diri ini menumpang bahu tatkala berduka, tempat diri ini bertongkat tatkala rebah berjalan, tempat diri ini berteduh tatkala hujan panas...namun disebalik setiap duka, diri ini tersangat bersyukur kerana sentiasa dapat melihat pelangi bersamanya.


Pada Dia Yang Maha Esa, Alhamdulillah...setiap yang berlaku dibawah aturannya. Setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya. 


Hidup tak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan :)

Wednesday, January 18, 2012

2012

Assalamualaikum w.b.t



Jauh sudah perjalanan
Bukit bukau habis kudaki
Semak belukar semua kuredah
Deras tenang air kususur
Baru kusedar 
Peta belantara tertinggal dipersinggahan
Jauh untuk kuberpatah arah
Teruskan saja pengembaraan ini
Harapku moga pengalaman lalu memberi aku sejuta tunjuk ajar
Hingga tiba ke puncak gunung kemenangan

nukilan : Hikayat Pesona



Thursday, January 5, 2012

hari ke enam...


Walau bertitis air mata yang tertumpah
 tidak mampu mengurangi sarat kerinduan di dada ini


senyuman pengubat jiwa lara
sabar kekuatan rapuhnya hati


 
Trail Of Waving Hearts