Bismillahirahmanirrahim...
Alhamdulillah, berpijak jua diri ini ke Bumi Penyu Betelur tempoh hari.
Alhamdulillah, selamat jua diri ini di sepanjang perjalanan.
Sebelum bertolak,
ditemai ayahanda, bonda dan adinda tercinta, DR.Zawawi
sayu sebak melambai mereka
ingin sahaja diri ini terus bersemayan di singgahsana tercinta
pastinya nanti
rindu bertandang menyelinap di ruang hati
kepada kalian semua.
lagi-lagi pada adinda Dr. Zawawi
yang saban hari berada di sisi
makan bersama
solat bersama
gurau bersama
bantu ayahanda dan bonda bersama
masih segar bayangan tingkah dan gelagatnya di akal fikiran ini
along, jomla makan kfc...
along, nak makan gearbox laaa...
along,belanja wawi mcD long..heeee
gambar yang paling diri ini sayang. puas setiap hari diri ini cuba mencuri2 ambil, kali ni baru dapat.
"anak mak sayang"
xhairanla dia paling disayangi dalam keluarga
pandai amik hati abah dan emak
harap2 kekallah sikapmu itu hingga besar nanti,Amin...
iya,
dialah DR.Zawawi Hj Zulkefli yang selalu diri ini sebut2kan
No comments:
Post a Comment