Blogger Backgrounds

Followers

Friday, April 22, 2011

The Humble Slave(-_-)


Nukilan : Nur Hikayat Pesona_6.30am/23 April 11

Entry ini entry emo...

Bangun pagi, langit masih gelap. Dgar2 kat luar berkumandang suara azan. Nak kluar bilik, amik air semayang, tiba2 rase "takut" sebab semalam lepak2 ngan kak baya,cite2 pasal antu. Seram sejuk bulu roma berdiri semalam xturun2 lagi. Dalam hati, "ape ke bende lah nak takut pepagi ni". ~grrrrrr

Kuar bilik dgn beraninya laksana justirizer menghadap raksaksa bawah tanah, amik air smayang. Masuk bilik, syok tgk nadia ZzzZZzzz. Tak ape. Teruskanlah sayang. Kubentang sejadah baldu hadiah pemberian kak mas, sambil menyarungkan telekung, hati berbicara..."ya Rabbi,diri ini semakin dekat dengan api neraka. Jauh dengan syurga. Terkadang lalai terkadang alfa terkadang rindu kepadaMu. Ntah aku manusia memang xberguna.huhhhh~"






Aku masih di persimpangan..ade 2 pilihan hidup..satu menjaminkan kehidupan aku di akhirat..satu lagi hanye nikmat dunia semata-mata..Aku risau dengan 2 jalan ini..yang mane yang lebih baik untuk aku..yang mane yang mampu bwk aku kepada kejayaan..aku hanye diberi peluang untuk memilih satu jalan sahaje..bg aku, kedua2 itulah kehidupan yang patut ade dalam hidupku..mungkin aku mampu memiliki kedua2 nye..tapi mampukah aku sebagai insan yang lemah? ... 

Hatiku betul2 hilang ketentaraman sekarang. Ye,aku bahagia punya keluarga yang sangat caring tntg ku,punya dia yang sentiasa ada bersamaku, punya sahabat,teman2 yang sentiasa bergelak ketawa riang dan ria, punya kakak yang tersangatlah baik n adeq yang tersangat manja denganku. Hati ini sentiasa girang bersama mereka. Kehadiran mereka membuat aku bahagia...

Tapi,aku tersalah memberi definisi yg betul tentang bahagia kehidupan..dan aku akui aku selalu lupe nak bersyukur dengan Maha Pencipta tentang segala yang terjadi pda diriku hingga hari ini..

nikmat sihat, nikmat mampu menaip keyboard mgunaken 10 jari tangan aku, nikmat mengerak2 kan ibu jari kaki, nikmat makan nasi panas, nikmat makan jajan sambil lepak dengan family, nikmat peluk mak, nikmat salam abah, nikmat naik basikal, nikmat mkn keropok lekor sambil jalan kat tepi pantai, nikmat kongsi pinggan dengan kawan baik, nikmat berjalan dengan kedua2 kaki, nikmat senyum dengan ikhlas, dan nikmat minum air kelapa sambil pusing2 kampung Batu Rakit...

Nikmat ni nampak biase, tapi bile kite x berpeluang mbuatnye, kite akan merindui nikmat itu.






Ntah,xtwu bagaimana ingin kututup bicaraku ini. Ambillah kata2 ini,kupetik dari msg salah seorang sahabatku,

~ Sediakanlah waktu tertawa kerana tertawa itu musiknya jiwa, Sediakanlah waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, sediakanlah waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, sediakanlah waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan sediakanlah waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.~


Selamat pagi, moga hari ini lebih baik dari hari2 semalam (~_~)


No comments:

Post a Comment

 
Trail Of Waving Hearts