Angin..jika kau berhembus lembut melaluinya,
katakan padanya aku teman dia selamanya.
Selama mana dia mahu aku berada di sisinya.
Air..jika kau mengalir di sisinya,
beritahulah padanya,
aku memohon maaf atas segala kekhilafan diri.
Burung..jika kau terbang melintasinya,
sampaikan kataku ini kepadanya.
"Kita dipertemukan atas kisah PERSAUDARAAN,
Kita dipisahkan kerana batas waktu seharian,
Namun, Insyallah ukhwah kita subur berpanjangan...
Maaf sekiranya dirimu pernah kusakiti.
Namun, tidak ingin aku tinggalkan dikau bersama
kenangan kita.
Meski jarang bersua hanya doa untukmu sentiasa
terungkai dalam satu jambangan,
harumannya tersebar untuk insan yang bernama TEMAN.
Semoga dirimu mekar dalam bimbingan cinta Tuhan."
::: Ustazah Saidatul :::
No comments:
Post a Comment