Blogger Backgrounds

Followers

Wednesday, January 18, 2012

2012

Assalamualaikum w.b.t



Jauh sudah perjalanan
Bukit bukau habis kudaki
Semak belukar semua kuredah
Deras tenang air kususur
Baru kusedar 
Peta belantara tertinggal dipersinggahan
Jauh untuk kuberpatah arah
Teruskan saja pengembaraan ini
Harapku moga pengalaman lalu memberi aku sejuta tunjuk ajar
Hingga tiba ke puncak gunung kemenangan

nukilan : Hikayat Pesona



Thursday, January 5, 2012

hari ke enam...


Walau bertitis air mata yang tertumpah
 tidak mampu mengurangi sarat kerinduan di dada ini


senyuman pengubat jiwa lara
sabar kekuatan rapuhnya hati


Wednesday, November 16, 2011

hak itu


hak itu sememangnya adalah miliknya
tiada yang boleh menghalang
andai itu yang mereka mahu
ambillah...
kerana kalian berhak atas diri kalian
aku di sini tetap tersenyum
jika itu yang menyuburkan hati mereka
biarpun luka kecewa
doaku padaNya sentiasa basah dilidah ini
damailah...
moga hati yang tersenyum 
itu sentiasa menjadi milik kita semua.



 
Trail Of Waving Hearts