Hujan-hujan lebat ni,teringat zaman sekolah. Sekolah dilanda banjir besar. Bekalan makanan tersekat. Kat asrma makan nasi lauk ikan masin je. Kota Tinggi diisytiharkan darurat. Malam2 bising bunyi helikopter round2 ats bngunan asrama. Tak gi sekola seminggu. Datang2 je skola, tgk dewan besar penuh lumpur. Naik tingkat atas, nmpak kereta tonggang tebalik terselit kat dahan pokok. Rumah2 da tak rupa rumah. Jam kat dataran Kota Tinggi da tak nampak da mase tu.
Bende yang nak cita, time tu kene pulak time birthday kite. Call abah kat public phone asrama dalam kehujanan gerimis...buat-buat tnya, abah..abah..hari ni hari ape? abah cakap, isnin. Esok? abh jwap, selasa la. Bole pulak tanya, abah tak ingat ke esok ari ape? Tiba-tiba abah gelak. hehehe. Malu pulak sebab abah tau.
Esok petang, tepon abah lagi. Tiba-tiba abah cakap, abah dalam kereta, ondeway pegi asrama sebab nak anta kek. Tapi tengah tersadai kat tepi jalan sebab banjir teruk. Sedih pulak time tu. Last2 abah cakap, mmg kete xbole lalu. Abh mintak izin balik umah. nanti banjir surut abah janji nak datang semula. Peh, masa tu menjejeh air mate. sedih bcampur terharu.
Hujung minggu, dengar mmbr panggil nama. Ade parents datang. Trkejut gorilla makcik. JAY4232 datang. Abah naik kete buruk je mase tu, sempoi datang, bawak air kotak, jajan2...2 plastik besar. Mak datok! mcm nak suruh buat party. Tanya abah, keknye mane. Abah jawab, yg aritu da selamat masuk lobang jamban kat umah. ni abah nk beli, kedai kek da bankerap banjir. haha. #gelak besar#
Tiba-tiba abah kuarkan sekotak jam tangan. Dia bagi.nah long...fuahhh. cun betul mase tu dapat jam besi. selama ni pakai jam seploh hingget je.suka gila time tu.melompat2. zaman kanak-kanak....gitula.huh. Kenangan sume tu.
Sekarang da besar. Memori tetap masih segar.
Tengok luar, hjan xbenti-benti. makin lebat pulak. Jom bedoa, moga2air hujan yang jatuh atas bumbung rumah ni beserta rahmat yang mencurah-curah seperti lebatnya air hujan yang jatuh ke bumi. Insyallah :)
Allahumma sayyiban nafi'a ya Allah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment