Blogger Backgrounds

Followers

Monday, March 14, 2011

Tanda dia adalah JODOH kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sunday, March 13, 2011

Hikayat Pesona


Kisah Rama-Rama dan Bunga

Camat pegi kawan2, malam tadi saya telah bermimpi seekor rama-rama datang menghinggap bahu saya. Di awal pagi lagi mata telah terjaga. Saya lihat jam menunjukkan pukul 3.45 pagi. Ade apa2 kaitan ke mimpi rama2 dalam kehidupan saya? Uishhh...Mengapa Rama2 ye???tak pelah...jom baca kisah kat bawah ni. J
Pada suatu hari seorg lelaki telah memohon kpada Allar agar dkurniakan rama-rama dan bunga..permintaannya itu diperkenankan tetapi dia dkurniakan ulat beluncas dan pokok kaktus..lelaki itu bfikir sejenak dan membuat kesimpulan yg Allah mempunyai rmai makluk utk diperkenankan permintaan..lelaki itu mngambil kputusan utk tdak mempertikaikan...pd suatu hari,lelaki itu teringat tntang permohonan lamanya dhulu.dia kemudiannya mlihat pokok kaktus yg dahulunya telah berbunga dan ulat bulu itu tlh menjadi rama2..dia kemudiannya membuat ksimpulan..setiap pemberian Allah itu ad hikmahnya..dan tidak semestinya Allah memperkenankan permintaan dgn sekelip mata..


P/s : Ingatlah..

Duri yg sekarang menjadi bunga dihari kelak..
Ulat bulu pd hari ini akn menjadi rama2 dihari kelak.. 
Walaupun kita bsusah pyah blajar skarang,kita akan hdup snang kelak..





Ye,sy tertarik dgn kata keramat ni :)




Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa 
tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara 



hehe :)



Camat MALAM kengkawan J



Saturday, March 12, 2011


Duhai lelaki...


Di belahan Bumi manapun kamu berada. Bagiku kau kumbang, tak mampu aku samakanmu dengan kumbang terhebat sekalipun. Bagiku manusia adalah makhluk yang terhebat, terindah, tersempurna, dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu. Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana ia akan membuatkanku mengingatmu. Bererti memenuhkan kepalaku dengan menginginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari…


Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur. Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berhujung. Ada ingin tetapi tiada henti. Menyentuhmu merupakan ingin diri, meski ujung penutupmu pun tak berani kusentuh. Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli. Tetapi kau hanya menjadi ar Rijal biasa di hadapanku bila kau kalah. Dan tidak lebih dari lelaki biasa. Jangan pernah kau tatapku penuh. Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku. Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor.


Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas. Meniru gaya para ustazah, meskipun hatiku lebih kotor dari lumpur. Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau tergugat.
Kerana kau hanya manusia – hanya lelaki. Berilah sepenuh diri kepada  wanita suci yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu.
Carilah wanita suci, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah. Atau kejarlah sang wanita suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan oleh Khadijah. Janganlah ada ragu, janganlah ada malu, semua telah terukir di dalam kitab suci.
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas. Relakan Allah pilihkan wanita suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tiada sampai kau mati….
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua wanita di dunia fana saat ini. Mungkin wanita suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu. Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.


Tiada yang lebih baik dari pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada wanita yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi. Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

~ Moga Allah berkati kita semua,insyAllah....(,")

13 mac 2011


esok bersamaan 13 Mac 2011
hari lahir abah....
SELAMAT HARI LAHIR ABAH...

sEmOgA ABAH dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
semogA abah berada dalam linkungan sihat sejahtera selalu

BUAT ABAH yang along sayangi...

terima kasih kerana mendidik along dengan penuh kasih sayang
terima kasih kerana menjaga along sehingga along meningkat dewasa dan dapat membezakan yang baik dan sebaliknya
terima ksih kerana memelihara along dengan bekalan ilmu agama yang tidak pernah putus
terima kasih kerana membelai along dengan ketegasan yang menjadi benteng agar along menjadi anak yang baik
terima kasih kerana bersusah payah menghantar along ke sekolah untuk along jadi insan yang berjaya suatu hari nanti
terima kasih kerana sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan along sepanjang along bernafas di Bumi ini
terima kasih kerana mengajar along erti kehidupan
terima kasih kerana menasihat along dalam setiap perkara
terima kasih kerana sentiasa ada bersama along tika along susah dan senang
terima kasih kerana............................

smpai bila2 pun xkan habis kalau along nak ungkapkan di sini
jasa...pengorbanan....dan titik peluh abah terlalu banyak buat along dan adik2....

ABAH
along ingat dulu...
masa along umur 4 tahun...
abah ajar along mngaji...
abah cakap..."anak2 abah mesti pndai ngaji.."
tiap2 ptg n lps magrib,abah setia duduk dgar along baca quran...

mase along masuk sekola tadika,
abah suruh along afal sifir...
lepas tu abah belikan basikal sebab along afal sifir 1 smpai 12...
along bangga naik basikal pusing2 taman...

mase along skola rendah,
abah anta along pg skola...amik along pg skola...
1 hari along ade kelas tmbhan,
along trlupe bgtwu abah...
abah tunggu along dengan motor...
tiba2 hujan lebat...
abah tetap tggu,
smpai along abis kelas...:(

mase along naik skola mnengah...
along xbole lupe...
mase along fom 1.
15 hb januari...
abah datang asrama along
abah datang bawak kek...
coklat...jajan...
along sedih sgt2...
along terharu bila along tgk kat kek tu ada tulis...
"selamat hari lahir along...."
lps salam abah..abah terus balik...along naik dorm...
air mata along mengalir
abah xpena lupa hari lahir along...(~___~)

bila along da besar...
along dapat tawaran maktab...
abah tanye along...kos apa,along cakap along bakal jadi ustazah,bah.
abah senyum...kluar dr mulut abah...ALHAMDULILLAH....
along tengok muka abah riang sangat2...
abah...
itu semua berkat dari doa abah...
along xkan berjaya mlainkn doa dari abah...
TERIMA KASIH ABAH....

abah dah banyak berkorban utk along...
terima kasih tu xcukup utk balas jasa abah...
along janji akan jadi anak yang solehah mcm yg abah selalu idam2kan...

ABAH...
along xmengharapkan apa2 dari abah...
melainkan sepotong doa...
agar kita dapat berusrah sehingga di syurga Allah kelak...

MUDAH-MUDAHAN KITA SENTIASA BERADA DALAM LINDUNGAN INAYAH ALLAH...

Sunday, March 6, 2011

hari ini :(


Jangan terlalu gembira,
kelak bimbang berair mata...
Jangan terlalu bersedih,
kuatlah meniti mencari sedikit tawa...
Jangan terlalu mengharap,
takut harapan xtertunai...
Jangan terlalu mnyayangi,
esok lusa takut diri xberharga nanti...
Jangan terlalu membenci,
Hakikatnya diri sendiri belum sempurna lagi...

~jauh dipundak hati....hanya diri yg memahami...~



 
Trail Of Waving Hearts