Blogger Backgrounds

Followers

Showing posts with label Kata Ustazah. Show all posts
Showing posts with label Kata Ustazah. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

no title ~



JANGAN terlalu 
FANATIK

dan

JANGAN terlalu
ORTODOK

BIASA2 sudahlah...

Monday, March 28, 2011

Jodoh dari sudut PeS0na


Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu...



JODOH.. Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.

Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan
ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.



Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh? Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak abah, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya
ketapan Allah adalah yang terbaik. Kita yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada' dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah. 


Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. 


p/s : Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.



Sunday, March 13, 2011

Ye,sy tertarik dgn kata keramat ni :)




Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa 
tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara 



Tuesday, February 22, 2011

Tips bila diserang 'Stress'

Oleh : Saidatul Radziah Hj Zulkefli



Rileksss...take ur time...landing on ur bad.Hug ur pillow...
Breath in...n Breath out...
Say: Alhamdulillah...:)~hehe

Cari fon ke...lappy ke...sumbat earph0ne,
Pilih lagu yg mmberi ketenangan n ketenteraman.

BerBueno,BerCadbury,BerCloud9,BerKitKat,Berferrarorosher lah! ^_^



Call org tersyg,mak ke...abah ke...mama ke..papa ke...atok,nenek...
asalkan org yg kita syg.Bukan org yg menambahkan lagi beban.
KERANA
selalunya org yg kita syg akn cuba mengeluarkan idea bernas
 utk mnguraikan keserabutan.



Tolak tepi pkra remeh-temeh.

Bawa ke tgh pkra yg pntg utk difikirkan.

Aturkan strategi utk menyelesaikannya.Masa ni, otak berperanan pntg
utk b'pk scara +ve SHJA.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah ar-Rad: ayat 11).

Buatlah sberapa byk plan,PLAN A..PLAN B...smpilah Z.
hehe...sbb kite hnya mrancang,Allah yg menentukan.
kdg2 plan ptme kte xjd,s0 bila ada byk plan...kte stil ada backup.
Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin-
Mereka merencana, Allah juga merencana, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perencana

If kepala still dihempap2 batu blok or terase mcm ade asbestos lg kt kpla,
ajak kwn2 kluar ke tmpat2 yg mmberi ketenangan n yg boleh wt kte trlupa sume problm yg ada.
Eg : pantai ke...swimming pool ke...jln2 kt shopping complex wlupn xde bnde nk beli...mkn2 kt mcD,KFC..lepak2 kt kedai mamak...minum cendol,ABC dan sebagainya...:)

TIDUR.
Ada yg suke sgt guna cara ni,
boleh jugak, tapi jgn melampau la...dr zohor smpi ke magrib.
huh~cmfrm bertmbah stress sbb trlebey sudaaa...
pndai2 la bajet kn...skadar mrehatkan otak.ngeeee....^_~



p/s : sekadar perkongsian...:) 

Monday, February 14, 2011

(: !!! أحبك يارسول الله


!أحبك يا رسول الله لأن الله تعالى يحبك ، فأنا أحبك كذلك

.أحبك يا رسول الله لأن حبك قربة إلى الله تعالى وعبادة لله من أفضل العبادات



.أحبك يا رسول الله لأن أقوالك وأفعالك مليئة بالهدى والخير وبالنور



 .أحبك يا رسول الله لأن أقوالك وأفعالك خير لنا في دنيانا أيضاً


.أحبك يا رسول الله لأن الله تعالى جعلك لنا نوراً ، وبنا رؤوفاً رحيما


.أحبك يا رسول الله لأنك قمة القمم ، في كل شيء ، ولكل أحد ، وفي كل زمن

 .
أحبك يا رسول الله لكي أشرب من يدك الشريفة شربةً هنيئةً مريئةً لا أظمأ بعدها أبداً ، ولكي أنظر إلى وجهك الأنور وإلى جبينك الأزهر ، ولكي أجلس  
بجوارك وأنت الطاهر الأطهر، في جنات ونهر، عند مليك مقتدر


  ~اللـهم آمـين الـلـهم آمـين الـلـهم آمين~

Sunday, February 13, 2011


Sangat BerBEZA...

CARA

mereka yang hidup dalam KESUSAHAN

dengan

GAYA

mereka yang hidup dalam KESENANGAN

~ ALHAMDULILLAH...
syukur  YA ALLAH ~

Thursday, February 10, 2011

kEmaNAkaH kiTa?




Kebabasan memilih?
Memilih apa ye?
Dalam kehidupan ini, memang banyak pilihan yang harus kita buat..




Hurmmm nak bercerita tentang EMOSI..
Apa itu emosi ye?
Mcm2 emosi yg ada dalam diri manusia..
Antaranya gembira, suka, ceria, sedih, kecewa dan macam2 lagi..


Jom kita buat state management..
Apa itu state management?
Ia bermaksud, dengan ayat atau bahasa yg mudah difahami iaitu menetapkan emosi dalam diri..
Okeh, kita pilih 3 emosi atau perasaan yg positif yang kita nak dalam diri sendiri..

Fantastik
Hebat
Ceria
(yeahhh….amin)


Kemudian, kita genggamkan kedua2 tangan..
Baca Bismillah..kita sebut ketiga2 perasaan itu dengan bersemangat..
Mcm ni caranya...
Saya nak hari ini
*Fantastik
*Hebat
*Dan ceria
(yeah…..amin)
Moga2 sifat atau perasaan positif itu wujud dalam diri kita sepanjang hari..
Lagi bagus kalau kita amalkan tiap2 pagi…terpulang pada individu untuk pilih emosi atau perasaan yang mereka inginkan..
Sebab apa?
Dalam Buku Anda Berhak Hebat ada menyebut “Apa pun Pilihan Emosi Terpulang kepada Kehendak Diri Sendiri”…


Kita juga ad hak dan kebebasan..
Kebebasan apa ye?
Haaa, hak dan kebebasan dalam memilih..
Memilih?
Yup, memilih emosi diri kita sendiri..
Jika anda memilih untuk bersedih bila ditimpa musibah..maka anda akan terus bersedih..
Tetapi jika anda memilih untuk brfikiran positif kerana anda yakin itu adalah musibah dan ujian tuhan..maka anda akan tenang tanpa sebarang kesedihan..
“ emosi akan menentukan tindakan yang akan kita lakukan seterusnya”
“emosi juga akan mempengaruhi kesan daripada tindakan yang telah kita lakukan”
Jadi “anda adalah yang mengawal emosi anda”
Bersangka Baiklah dengan Tuhan..sbb dalam satu riwayat hadith qudsi mafhumnya “aku berada pada sangkaan hambaku…”

:::HAMKA IDRIS:::

Wednesday, February 9, 2011

Tuesday, February 8, 2011

BERSOSIAL lah...


TAPI
Jangan Menimbulkan MASALAH SOSIAL !!!


:: Pesanan khidmat masyarakat 
dibawakan khas daripada Ustazah Saidatul  ( ^ _ ~ ) ::


 
Trail Of Waving Hearts