Blogger Backgrounds

Followers

Thursday, March 31, 2011

untuk awak yg bergelar SAHABAT


Awak...
knp awak baik sgt ngn saya?
knp awak teramat caring tentang saya?
knp cara awak ckp ng saya xsama dgn cara awak ckp dgn kwn2 awk?
knp awak slalu tolong saya?
knp awak slalu nasihat sy?
knp awak slalu tegur ksilapan saya?
knp awak slalu ada dgn saya?
knp awak slalu jage solat saya?
knp awak slalu jaga makan saya?



ye,awak kata 
'saya shbt baik awak'

TAPI...
ikhtilat sahabat baik lain

saya nak awk twu sume ni
tapi sy takut...:(
bimbang awk kcik ati
sbb awk teramat baik

awak
kalau awak baca entry ni
sy hrp sgt awk phm
terime dgn hti terbuka

awak
niat sy nk jge persahabatan
nk betulkan balik persahabatan yg sbenar

sy mohon...
spy awk xtersentuh dgn kata2 sy
maafkan saya:(

:( :( :(

awk terlalu sopan
hati awk lembut 
mudah tersentuh
sy xtwu cmne nk luahkn bnde ni
pcayelah
kata2 sy utk jaga hati awak..
dan hati saya juga...
maafkan ku sahabat~ :(

GURU dan KEkemasan

Salam dan selamat petang :)


setelah penat berhempas pulas dengan asgmnent yg mnimbun2,
dari celik mata hinggalah ke kejam mata,
terasa macam nk melepak bilik yg saya da 'aim' dari awal pagi.
Bilik tu mnjadi tumpuan 0ya n kak mas.
setibanya saya di sana...


"Ida,idaaa....cepat shuffle tinggi2,oya nk tgk...!"


saya yg bert-shirt dan bertrack suit serta berstokin(tgh2 hri buta ttp pakai) pun melompat2 ajelah..hehe..sy pn xtwu knp mreka suke lihat sy mlompat.


3...4...action ! toi....toi...toiiiitoiii....


da,sekian...bukan nk cite psl tu.


ok,td lps penat melompat, sy dduk kat side meja akk senior ni.
oleh krana roomatenye adlh clasmate sy, nk xnk kenela jugak menumpang dduk kt celah2 sudut snior ni.


apa yg mnjadi tarikan sy adalah...
kat atas meja n atas katil akk ni TAK PERNAH bersepah.






sy dtg bilik dy bkn skali, ade la jgk bjuta2 ratus kali...
tyme dy tgh bz ng asgmnt,time dy lepak2 smbil gayut kt ph0ne dy, time dy makan n sume2 time lah! sy xpena tgk meja dy bersepah. 


sy amati setiap inchi kwsn dy, smpaikan buku nota n fail2 yg ada atas meja dy pn sy bukak.
sumpah! KEMAS!locker dy pn sy stalk...(sikit2 je)mmg teratur.
katil sntsa string.
bntal selimut tersusun kemas.
buku2 tersusun mngikut ketinggin n ketebalan.
baju2 dlm locker terlipat kemas.
buku nota dy,tulisan....mak ai!sume santek2.
kertas2 dlm fail tersusun rapi.
makanan dy pn beratur mcm tgh kawad.
meja clean n clear.




yg mnjadi masalahnye, bkn pd hr tu je...setiap kali sy lepak bilik dy, msti KEMAS...
sy ngatkan sy lah yg paling kemas kt ipg ni,rupenye ada lagi....(hak3!!!!)


ksimpulannya....
ececececehhh...mcm nk wt KKBI pulak kene ade ksimpulan2..haha
ah, xkire! stiap kali pmikiran sy berbuah, sy msti simpulkan spya sy,awk n mreka dpt mkn dgn hadam...=_=
xde lagi la org yg boleh menandingi akk !@#$%^&*...(xleh tauk name,nnt dy....)


sy mmg cintakan KEKEMASAN.
sy mudah tertarik dgn ssuatu yg kemas
sy mudah terpikat dgn org yg kemas


mst ade yg ckp, ekeleh...kteorg pn kemas jugak.
tak.....akk ni mmg KEMAS tahap pelik.sbb setiap mnit,saat detik dy KEMAS!



Wednesday, March 30, 2011

meNaiP,diTaiP dan teRtaiP


menaip,menaip dan terus laju menaip
kerana terpaksa
kerana kesuntukkan masa
jari terus berdansa mengikut kelajuan Soyuz!
tap ! Tap! Tap! 
TapTapTapTapTAppppp...
PRAppppppp....!

Tiba2,
"salam...asgmnt KKBI bole anta hr ahad ye kwn2..."

lantas tekak pula yg berdansda
Yihhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

hati pula berdansa
ALHAMDULILLAH!!!

(^,^)

sekian! 

suke3!!!:)
b0le la lawan ketebalan folder MUna wahida cmni...ahah~
(jgn jeles syg ! camat balik kmpung!)
ye,sy 'date' ng asgmnt je tyme awk xde
sumpah xcurang same kamu!
jgn upe imbuhan utk sy nt...
kim salam ng ummi n abh awk tw!

ape pn...
sy mst akn RINDU awk nt
b4 ni sy blik uma sy
sy hangkot awk jugak.
s0b3:(

TATA...BUBYE...awak...
JGN LPE SY TW!


Monday, March 28, 2011

'TEACHER'



I Love My Profession!!!





SK Lembaga,Endau

By : Ustazah Saidatul Radziah Hj Zulkefli
































OPz!!! JAngan TIRU aksi ini! :D



~Keser0nokan yang Tiada TanDinGAnnya~



Jodoh dari sudut PeS0na


Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu...



JODOH.. Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.

Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan
ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.



Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh? Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak abah, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya
ketapan Allah adalah yang terbaik. Kita yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada' dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah. 


Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. 


p/s : Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.



Sunday, March 27, 2011

Shoutul Amal ~ GURUKU ~

Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com


Guruku 
Kau penyuluh hidupku 
Menerangi alam ini 
Kau ku anggapkan 
Sebagai ibubapaku 

Chorus: 
Wahai guruku 
Kau ibarat sebatang lilin 
Menerangi alam kegelapan 
Kau sanggup membakar dirimu 

Wahai guruku 
Kau insan yang mulia 
Mendidik dan membimbing daku 
Kaulah insan yang kusanjungi 

Guruku 
Segala baktimu 
Akan ku balas dengan kejayaanku 
Akan ku buktikan kepadamu 
Wahai guruku 

Lirik: Abd Alim Zakaria 
Lagu: Abd Alim Zakaria 
Solo: Abd Alim Zak


rindu kat anak2 murid...
lagi rindu kat cikgu2  skolah dulu...

Thursday, March 17, 2011

no title ~


Beberapa purnama yang lalu,
Aku sering bersamamu,
Memerhati kesegakanmu,
Menggenggam erat tangan hangatmu,
Menikmati suara romantik kata-kata manismu.
Kini kau telah menjauh,
Pergi mengembara mencari ilmu,
Berjanjilah dikau agar tetap setia,
Kerna hatiku,
hanya milikmu.


ah! merepek ! berangan ! sudahlah labu ! 


(demm!i almost crying while writing this down.mybe being alone for a long time [alah, br 2 hari,tu pun da ngengade] makes me a bit emotional today...) :,( 

gediks!   
wt asgmnent laaa....

Mybe im not good enough,at least im being myself...

setiap orang pasti mahu dicintai dan disayangi...
itu memang lumrah manusia..
memerlukan seseorang yang mampu memberi kekuatan pd kita
sebagai manusia ni...
tampak kuat.tp,lemah sebenarnya.
aku trut x lari dari berperasaan begitu..
ingin dicintai dan disayangi..
dari-MU..Penciptaku..
tapi,bukan mudah untuk menjadi kekasih-MU Ya Allah..
sebab aku semakin jauh dari landasanmu..

petua-petua untuk disayangi dan dicintai Allah:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri."
[al Baqarah:222]

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[ali Imran:31]

"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar."
[ali Imran :146]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya."
[ali Imran: 159]

"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."
[al Maidah: 93]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa."
[at Taubah:7]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil."
[al Mumtahanah:8]

"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." [as Saff :4]


Daripada ayat-ayat al Quran di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa untuk menjadi hamba Allah yang dicintaiNya, kita haruslah:

1. Sentiasa bertaubat dan mensucikan diri (zahir dan batin).

2. Sentiasa melakukan segala apa yang diperintahNya (melalui RasulNya) dan meninggalkan segala laranganNya.

3. Sentiasa bersabar.
..sila ambik perhatian wahai saidatul radziah!..

4. Sentiasa bertawakkal.

5. Sentiasa berbuat kebajikan.

6. Bertaqwa.

7. Sentiasa berlaku adil.

8. Berjuang di jalan Allah dalam satu barisan.

Sesungguhnya cinta Allah itu tiada tandingan.

Ya Allah, kami mencintaiMu...


P/s: Hakikatnya,orang yang mendapat kasih sayang Allah, secara tidak langsung mereka mudah mendapat kasih sayang manusia...



I'm not supposed to LOVE you

I'm not supposed to CARE

I'm not supposed to LIVE MY LIFE

wishing YOU were there...

I'm not supposed to wonder
where you are or what you do

I'M SORRY I can't help myself..
cause..

I'M IN LOVE n MISS WITH YOU..

Wednesday, March 16, 2011

Buat bakal guru sluruh Msia yg bakal berPBS!


Salam alaik kwn2! :)

ye,nmpk gayenye bakal2 guru tahun pertama ijazah SELURUH MALAYSIA...
masing2 sibuk menghitung hari untuk kembali
ke alam persekolahan semula...
kali ni merupakan tugasan  pertama kita yang memerlukan kita berada di sekolah selama seminggu.hehe...macam2 perasaan bermain di kepala2 kita kan...
takut...cuak...malu...ada juga yg xsabar...
ape pun, tugasan itu mesti kita laksanakan.Mudah2an semuanya berjalan dengan lancar...
Dalam masa2 terdekat ni,
saya ada berhubung dengan para pensyarah,guru2 di sekolah, akak2 senior
untuk bertanyakan mngenai PBS ini dan meminta sedikit nasihat.
Jadi, bolehlah kita berkongsi bersama2...

  1. Senior ada pesan, walaupun ipg kita telah faxs surat yang mengatakan kita akan lapor diri di sekolah yang telah kita pilih, ada eloknya kita dapatkan no telefon skolah tersebut untuk memaklumkan kita akan melaksanakan tugasan di sekolah tersebut. Bukan apa, kdg2 sekolah xdapat faxs tersebut. Lagi baik kita maklumkan sendiri awal2.
  2. Di hari pertama, orang pertama yg perlu kita jumpa ialah guru besar di sekolah tersebut. Berkomunikasi dengan baik dan ambillah peluang masa tu untuk berta'aruf sebaik2nya.Semua ni dikira markah sahsiah...
  3. Kenali semua guru yang ada di sekolah tersebut. Tanyakan pengalaman mereka sepanjang berkhidmat sebagai guru.
  4. Saya teringat pesan daripada pensyarah, jangan duduk je kat library,xbuat pape...just tunggu masa balik.Kalau berPBS beramai2, jgn bgerak secara berjemaah ke mana2 shja kita pg. Jgn terlalu diam dan bual hal sndiri...
  5. Jika kita di suruh mengajar, maka xperlulah kita menolak disebabkan tugasan kita xde state pun sruh kita mngajar. Msuk je kelas n curahlah ilmu yg ada di dada, ( jgn ajar ajaran sesat sudahlah. Hehe...) Sambil2 tu, rujuklah guru yg ada spy dapat membimbing kita. ( perlu diingat, Kita ni buah cempedak kat luar pagar lagi...bukan buah cempedak yang da siap goreng ye).Mintalah bimbingan mereka sebanyak2nya...

Rasenye 5 perkara tulah yang terpenting untuk kita2...
Sekadar perkongsian...

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPBS kepada semua kawan2 bakal guru di seluruh Malaysia yang bakal memasuki sekolah sebagai seorang guru buat julung2 kalinya.Jika dulu kita bergelar murid, sekarang kita bakal bergelar guru.
Oleh itu, bersiap sedialah dengan 1001 persediaan supaya kita tidak kekok dan selesa ketika berada di sekolah nanti.
Akhir kalam, selamat berASGMENT jugak! hehe...
bergembiralah bersamanya :)

*Mudah2an semuanya dipermudahkan buat kita....AMIN (~_^)


 

Monday, March 14, 2011

Tanda dia adalah JODOH kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
 
Trail Of Waving Hearts