orang yang tinggi ilmu agamanya lebih baik daripada orang yang tinggi ilmu dunianya.
orang yang dalam ilmu dunianya tetapi cetek ilmu agamanya lebih baik daripada orang yang tinggi ilmu agamanya cetek pula ilmu dunianya...
orang yang tidak punya ilmu itu lebih teruk dari orang yang tidak ada ilmu tetapi berusaha mendalami ilmu...
orang yang memiliki ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya itu lebih malang dari orang yang tidak punya ilmu.
* sambil merenung titisan hujan yang kadang2 lebat dan kadang2 renyai,
"alangkah berbahagianya orang yang punya kekuatan trhadap kedua2 ilmu duniawi mahupun ukhrawi...mereka tergolong dalam golongan yang selamat di dunia dan sejahtera di akhirat..."
Disebutkan dalam sahih Bukhari dan Muslim hadith dari Abu Musa Al Asy’ari Radhiallohu ‘anhu yang berkata, bahawa RasuluLLAH SAW bersabda:
“Sesungguhnya perumpamaan petunjuk dan ilmu yang diutus ALLAH kepada ku seperti hujan yang membasahi bumi. Ada bumi yang subur yang menerima air kemudian menumbuhkan rumput yang banyak. Ada bumi yang keras yang menahan air kemudian dengannya ALLAH memberi manfaat kepada manusia. Mereka meminum dari air tersebut, memberi minum haiwan ternaknya, dan bercucuk tanam. Hujan juga membasahi bumi yang lain, iaitu lembah yang tidak mampu menahan air dan menumbuhkan rumput. Demikianlah perumpamaan orang yang memahami agama ALLAH kemudian mendapat manfaat dari apa yang aku diutus dengannya. Ia belajar dan mengajar. Dan itulah perumpamaan orang yang tidak dapat diangkat kedudukannya oleh petunjuk ALLAH, dan tidak menerima petunjuk ALLAH yang aku diutus dengannya.”

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW mengumpamakan ilmu dan petunjuk yang di bawa baginda seperti air hujan, kerana masing-masing (ilmu, petujuk, dan hujan) mendatangkan kehidupan, makanan, ubat-ubatan, dan seluruh keperluan manusia yang lain. Semua itu diperoleh dengan ilmu dan hujan.
Rasulullah juga mengumpamakan hati manusia seperti tanah yang menerima siraman air hujan, kerana tanah adalah sesuatu yang menahan air hujan kemudian menumbuhkan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang bermanfaat, sebagaimana hati yang memahami ilmu, maka ilmu tersebut berbuah di dalamnya, berkembang, terlihat keberkatannya dan buahnya.
Keperluan manusia kepada ilmu itu seperti keperluan mereka kepada hujan, bahkan lebih besar lagi. Jika mereka tidak memiliki ilmu, mereka tak ubahnya seperti tanah yang tidak mendapat hujan.

p/s abah ~ yang diangkat dan disanjung tinggi itu adalah yang menguasai ilmu dunia dan akhirat tetapi tidak pernah puas utk mencari dan mencari lagi dan terus berjalan di atas Bumi Allah dengan ilmunya yang terkandung di dada...BERTUAHLAH mereka.~
Teringat aku akan kata IMAM AHMAD :
“Keperluan manusia terhadap ilmu itu lebih besar daripada keperluan mereka kepada makanan dan minuman, kerana makanan dan minuman hanya diperlukan sekali atau dua kali dalam satu hari, sedangkan ilmu itu diperlukan sebanyak mana jumlah nafas.”
No comments:
Post a Comment