Blogger Backgrounds

Followers

Friday, October 19, 2012

final exam sem 4




29.10.12- ARAB - 2.30-5.00
,
30.10.12 - EDU TDP - 8.20-11.00,

1.11.12 - AKHLAK - 2.30-5.00,

5.11.12 - JAWI - 8.30-11.00,

7.11.12 - AL-QURAN - 2.30-5.00


nak exam da. adush. kejap je. rasenye baru semalam start sem. (nampak sangat dalam kelas banyak main) tinggal dua miggu. 5% baru cover. ummmm...

Nabi pesan, 

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]

Imam Syafie pernah bekata:

"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" 


Imam Syafie pernah berkata lagi:
"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan."


Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya."

Ibn Jama'ah berkata:
"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal."

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." 
[Az Zariyat 51 : 15 – 18]

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]


semoga menjadi peringatan buat diri ini yang sering lalai.




Saturday, September 8, 2012

makin jauh makinku rindu


Sekejap je masa berlalu, rasanya macam baru hari tu menangis gembira akan kepulangannya di sini. tak diduga hari ini air mata mengalir lagi sebab pulangnya dia ke sana semula. 3 minggu di sini, 3 hari sahaja yang dapat bersua. itupun sudah cukup untukku mengucap syukur Alhamdulillah. walaupun tak lama, namun segala kenangan masih segar dalam ingatan. lagi-lagi kenangan ketam masak lemak. takkan kulupa sampai bila2.

terima kasih kepada yang sudi ke sana ke sini meluangkan masa di sisi. berat rasanya untuk melepaskan pergi. tapi, apalah daya diri ini, perginya bukan menghilang diri, ada yang lebih penting untuk ditelusuri. Doaku di sini, moga tercapai hajat di hati. Menggapai cita yang tinggi. Buat bekalan pulang ke sini. Sebagai tanda membalas budi mak dan abah suatu hari nanti. Aku di sini setia menanti, biar hari berganti hari, doaku untukmu sentiasa mengiringi.

Terima kasih atas segala-galanya. pada setiap korban ruang dan masa.

 Duhai insan yang aku sayangi, selamat meneruskan perjalanan hidup di sana...Moga Allah membantu pada setiap kesusahan dan kesulitan...

Jangan lupa...
jaga solat
makan nasi msti dgn lauk(jgn buat sy nangis tgk awk mkn lg)

Ingat...
sesusah manapun tajuk, setebal mana pun buku, sesempit mana pun masa, sesibuk mana pun ruang, sepenuh manapun kelas, awak mesti boleh:)

Wednesday, July 18, 2012

Saturday, June 23, 2012

Mak...abah...

Ya Allah, please grant my parents health and happiness. Please make me a light in their life, make me a source of laughter and smile, just as they have been for me. Guide them to the straight path, and keep them away from worries and grief.Ya Allah, make me healthy in my body. Ya Allah, preserve for me my hearing and my sight. Ya Allah please grant me a good health and all other my muslim brothers and sisters. Ameen Ya Allah... Rindu mak ngan abah :(

Tuesday, June 19, 2012

wawi cayunkk ;P



Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, berpijak jua diri ini ke Bumi Penyu Betelur tempoh hari.
Alhamdulillah, selamat jua diri ini di sepanjang perjalanan.

Sebelum bertolak,


ditemai ayahanda, bonda dan adinda tercinta, DR.Zawawi
sayu sebak melambai mereka
ingin sahaja diri ini terus bersemayan di singgahsana tercinta
pastinya nanti
rindu bertandang menyelinap di ruang hati
kepada kalian semua.
lagi-lagi pada adinda Dr. Zawawi
yang saban hari berada di sisi
makan bersama
solat bersama
gurau bersama
bantu ayahanda dan bonda bersama
masih segar bayangan tingkah dan gelagatnya di akal fikiran ini


along, jomla makan kfc...


along, nak makan gearbox laaa...


along,belanja wawi mcD long..heeee






gambar yang paling diri ini sayang. puas setiap hari diri ini cuba mencuri2 ambil, kali ni baru dapat.



"anak mak sayang"

xhairanla dia paling disayangi dalam keluarga
pandai amik hati abah dan emak

harap2 kekallah sikapmu itu hingga besar nanti,Amin...

iya,
dialah DR.Zawawi Hj Zulkefli yang selalu diri ini sebut2kan



Thursday, June 14, 2012

seagung cinta Aisyah



Di suatu petang berangin, jari-jemari menari mengikut rentak tarian hati. Tersenyum hati bila diri dihadiahkan sebuah buku oleh sang ratu hati, bonda tersayang. Halaman muka depan yang sungguh membuatkan hati ini terfana, BERBUNGA CINTA AISYAH DI HATI RASULULLAH. 

Mencambah kasih persis bayangan kasih hati nabi,
membugar cinta tanpa sangsi.
Iman dirai
perjalanan hidup bertambah kukuh lagi.
Bagaikan cinta Aisyah,
pengorbanan buat pencinta agung 
yang membawa cinta
terus kepada Ilahi...


Tersentuh hati pada sekilas pesanan,

Pesona kasih haruman ibadah,
jadikan dirimu indah dalam dunia cinta lelaki Mukmin
seumpama keindahan langkah bibit cinta Aisyah
yang segar di hati Rasulullah.


INSYALLAH...

   

Wednesday, June 13, 2012

buatmu sahabat

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, selautan syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana masih menganugerahkan nyawa dan jasad yang diizinkan untuk bernafas di Bumi ini. Selangit doa dan harapan agar diri ini terus dalam limpah rahmat dan kurnianya serta terus berada dalam keberkatan-Nya.

HARI INI...

Diri ini mula menghitung hari untuk berangkat pulang ke negeri orang, nun jauh di sana untuk terus melangkah meneruskan perjalanan kehidupan. SATU semester telah berlalu, pelbagai detik pahit manis, suka dan duka yang kita lalui. Dari awal bermulanya tahun hingga pertengahan tahun, semuanya masih tersimpan dalam diari hati ini.

Duhai sahabat-sahabat yang aku sayangi...

Mungkin kali ini, diri ini banyak mengasingkan diri daripada bersama kalian. Bukan niat untuk menjauhkan diri, tapi hati ini sedang berusaha mentarbiyah diri agar menjadi yang lebih baik di sisi Tuhan. Sedang kalian bergurau senda, mungkin kalian melihat diri ini berseorangan. Tidak, diri ini tetap tersenyum di dalam hati melihat telatah dan gelagat kalian.

Di kesempatan ini,

Ingin sekali diri ini mengucapkan syukran jazilan atas setiap senyuman yang sentiasa kalian hadiahkan saat kita bertaut bahu, ambil berat kalian saat melihat diri ini seperti ada sesuatu, pertolongan kalian saat diri ini seakan-akan dalam kesusahan. JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRAN.

Seiring dengan itu, diri ini ingin memohon seribu kemaafan kiranya diri ini pernah melakukan kesilapan, kiranya diri ini pernah mengguris hati dan perasaan, kiranya diri ini pernah melakukan kesalahan, serendah-rendah hati diri ini mengharapkan kemaafan.

Apa yang berlaku sepanjang perkenalan kita adalah didikan dariNya. Bukan sedikit, tetapi banyak yang dapat diri ini pelajari dari kalian semua. Alhamdulillah, syukur hati ini kerana Allah telah menghadiahkan kalian buat diri ini. InsyaAllah segala ilmu dan perkongsian yang didapati dari kalian akan digunakan dengan sebaik-baiknya.

Iyee,

segala apa yang kuperkatakan tulus dari hati yang ikhlas. Diri ini mohon doa kalian semua, agar kita semua terus berada di jalanNya. Mohon juga teguran kalian jika terlihat diri ini sudah tersasar dari jalan Tuhan. Kalau kita tidak ditakdirkan berjumpa lagi didunia ini, Moga kita ditakdirkan bertemu di syurgaNya nanti.

SELAMAT MENGHADAPI SEMESTER BARU BUAT SEMUA :)

Saidatul Radziah Hj. Zulkefli
Rabu_13 JUN 2012
 
Trail Of Waving Hearts