Blogger Backgrounds

Followers

Wednesday, December 4, 2013

Reminder


The more time you spend 
complaining about your problems, 
the less time 
you’ll have to enjoy your blessings.
When Iman enters the hearts, 
that’s when lives change...

right? ;)

Tuesday, December 3, 2013

Salam Rindu


Sejuk malam buat hati ini terselimut rasa rindu padanya
terdiam aku seorang diri
membayang dia bertandang menemani

Betapa rindunya aku...


Baru saja mulut melemparkan kata-kata 
mungkin pedih
mungkin terkesan di dalamnya
namun 1001 makna yang aku siratkan
dalam gurau ada ingatan
tidak sepatutnya aku katakan sedemikian
kerana aku sedar
aku bukan siapa-siapa
tapi hati yang penuh rasa cinta kasih dan sayang
melayakkan aku menghamburkan rasa hati dan perasaan

dalam kemarahan
tidak aku lupa berbisik pada diri sendiri
cinta dan kesetiaan teruji ketika jarak dan waktu memisahkan
hanya KEPERCAYAAN yang mampu mempertahankan

maafkan aku, saat berbicara terkadang menyakitkan
kalau boleh, ingin saja aku tatang
Bagai menjaga permata intan ketika dicanai
mana mungkin nak diracik hati yang selama ini aku jaga
maafkan aku.
niat dihati hanya mahu memperbetul keadaan
dari jauh
jujur dari ceruk hati


mana mungkin pungguk tidak rindukan bulan?

Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati
kini aku retak pertujuh

laksana jentayu menantikan hujan.



12.12 pagi
nukilan rindu
karya asli Bumi Malaysia.


Monday, December 2, 2013

Redha












Hidup ini
perlu diteruskan
biar Allah yang menyusunkan
dengan sebaik-baik keindahan
Selamat Malam~


Begitulah Cinta


Kepedihan cinta adalah kerinduan
Ketakutannya adalah perpisahan
Maka berhati-hatilah dalam bercinta
Agar tidak tersalah dalam memberi cinta
Ada cinta yang menguntungkan
Ada cinta yang merugikan



Jika cinta diberi pada jalan Allah,
maka kepedihan rindu itu
adalah pahala yang melimpah ruah.
Ketakutan perpisahan menyebabkan 
bertambah erat
Cinta kepada Allah.
Namun cinta berlandaskan nafsu
kepedihan rindu menggelapkan hati
ketakutan perpisahan adalah keazaban.




Mengapa hati begitu tenang saat diuji kali ini?
Aku sendiri tidak mengerti
Biasanya bila cinta yang disulam jarumnya patah
benangnya kusut
Mahu saja kukoyakkan semuanya
Namun kali ini
mengapa perasaan yang kadang-kadang bungkam 
mudah saja meniti titian ketenangan
mungkin mehnah dulukala
yang hadir sedikit-sedikit
mengajar aku bertatih perlahan-lahan
tanpa menangis



Sedang asyik memikirkan perkara yang bukan-bukan
apa salahnya menadah tangan
mohon keampunan pada Yang Maha Mengetahui
akan perjalanan cinta yang telah dilalui selama ini
Benar, bahagia
mungkin bahagia hari ini
tapi esok lusa siapa tahu
berkatnya ntah kemana
Masih panjang perjalanan jika diberi nafas dan nyawa
Astagfirullahal'azim...
jentikan mehnah mahabbah insani membuat aku terlentok pada kasih-Mu Ilahi




11.08 malam
nukilan rasa hati
Bumi Malaysia





Sunday, December 1, 2013

Allahumma sayyiban nafi'a

Hujan-hujan lebat ni,teringat zaman sekolah. Sekolah dilanda banjir besar. Bekalan makanan tersekat. Kat asrma makan nasi lauk ikan masin je. Kota Tinggi diisytiharkan darurat. Malam2 bising bunyi helikopter round2 ats bngunan asrama. Tak gi sekola seminggu. Datang2 je skola, tgk dewan besar penuh lumpur. Naik tingkat atas, nmpak kereta tonggang tebalik terselit kat dahan pokok. Rumah2 da tak rupa rumah. Jam kat dataran Kota Tinggi da tak nampak da mase tu. 

Bende yang nak cita, time tu kene pulak time birthday kite. Call abah kat public phone asrama dalam kehujanan gerimis...buat-buat tnya, abah..abah..hari ni hari ape? abah cakap, isnin. Esok? abh jwap, selasa la. Bole pulak tanya, abah tak ingat ke esok ari ape? Tiba-tiba abah gelak. hehehe. Malu pulak sebab abah tau.

Esok petang, tepon abah lagi. Tiba-tiba abah cakap, abah dalam kereta, ondeway pegi asrama sebab nak anta kek. Tapi tengah tersadai kat tepi jalan sebab banjir teruk. Sedih pulak time tu. Last2 abah cakap, mmg kete xbole lalu. Abh mintak izin balik umah. nanti banjir surut abah janji nak datang semula. Peh, masa tu menjejeh air mate. sedih bcampur terharu.

Hujung minggu, dengar mmbr panggil nama. Ade parents datang. Trkejut gorilla makcik. JAY4232 datang. Abah naik kete buruk je mase tu, sempoi datang, bawak air kotak, jajan2...2 plastik besar. Mak datok! mcm nak suruh buat party. Tanya abah, keknye mane. Abah jawab, yg aritu da selamat masuk lobang jamban kat umah. ni abah nk beli, kedai kek da bankerap banjir. haha. #gelak besar# 

Tiba-tiba abah kuarkan sekotak jam tangan. Dia bagi.nah long...fuahhh. cun betul mase tu dapat jam besi. selama ni pakai jam seploh hingget je.suka gila time tu.melompat2.  zaman kanak-kanak....gitula.huh. Kenangan sume tu.

Sekarang da besar. Memori tetap masih segar. 

Tengok luar, hjan xbenti-benti. makin lebat pulak. Jom bedoa, moga2air hujan yang jatuh atas bumbung rumah ni beserta rahmat yang mencurah-curah seperti lebatnya air hujan yang jatuh ke bumi. Insyallah :)

Allahumma sayyiban nafi'a ya Allah....

Perlukah aku kuat pada hal yang tak pasti

Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. (lagi-lagi buat aku yang penuh dosa). Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar

Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.

Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik. Harapnya begitu.





Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.

Kata abah, dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”





Maafkan aku, ketika terlalu sibuk ‘mengharap’ pada satu yang tak pasti, aku kehilangan daya untuk menghadapi rasa cemburu dalam diri. Bukan kerana mementingkan diri, tetapi begitulah perjalanan hidup… apa yang bergolak di dalam kadangkala menyebabkan segala yang di luar menjadi bungkam.

Namun, mana mungkin kita lari daripada perasaan yang kadangkala membolak-balikkan? Lalu, kugagahi juga untuk berbicara… Bicara tentang ujian. Bicara tentang bahagia. Bicara tentang iman…yang semakin hari semakin pudar,rosak,dan hilang. Mungkin ini tarbiyyah buat diri sendiri. Sebagai jambatan kembali kepada Ilahi. Yang rosak perlu diperbaiki. Yang hilang perlu dicari. 

Cinta. 
semakin lama semakin diuji.
Ya Ilahi. percepatkan jodoh ini 
andai dia yang tertulis di arasy-Mu.
Jauhi dia dari sanubari ini 
andai dia bukan milikku. 
Amin


sedih
tp apa daya
kalau dikenang melemahkan jiwa
kalau diungkap bimbang porak-peranda
Allah :(
Kau saja tempat yang aku ada
patutnya aku perlu sedar
sedih ini
supaya aku kembali kejalanMu
:,(





Monday, November 25, 2013

Projek cuti sekolah 2


Ehem ! :)
hehe. boringlah pulak takder keje petang-petang ni. terpikir nak buat sesuatu. kan best kalau dapat siapkan sebijik kek ni. 

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V



RAINBOW CAKE
haha.
 tengah-tengah berangan nak buat kek ni. tibe-tibe tak der karen. jengkreng! tak bole lah nak putar gelek goyang gerudi kat dapur. 

TIBA-TIBA
rainbow kek, jadilah mende len.....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V




haha. LOL
senang. tak payah macam-macam
cecamppak je. 
SIAP untuk minum petang! :)

Sunday, November 24, 2013

motivasi hari ini



Orang yang mempunyai hati yang bersih dan kuat sentiasa tabah dengan dugaan yang dihadapinya. Biarpun ditimpa musibah, dia tidak pernah mengeluh. Walaupun pada hakikatnya dia sedang menghadapi kesulitan, dia tetap tenang. Orang yang tenang sentiasa menang.

Kebanyakan daripada mereka yang bermasalah, bahasa yang sering digunakan ialah bahasa yang negatif. Iaitu bahasa yang banyak menyalahkan orang, sentiasa berasa mereka menjadi mangsa, dan sentiasa fikir apa orang kata dan takut orang kata. Orang yang begini sifatnya, sukar mendapatkan kasih sayang orang di sekelilingnya.


Thursday, November 14, 2013

Projek Cuti Sekolah 1

Alhamdulillah :)
Da selamat sampai rumah. Huh. Rasa macam menyertai pengembaraan pulak. bertawap 1 Malaysia. haha. elok2 xtau jalan, skunk da pakar bole ganti google map da rase! LOLXD

YEayyyhhhh. CUTI DUA BULAN. fuahhh fuahh fuahhh
lenggang mak inang la kat umah ni. ni yang seronok jd cikgu ni. bole berehat2 lame.seronakkk! nway. hari ni hari 1st kt umah. projek ptamanye kene plan 2 bulan ni nk wt ape. kene plan. barulaaaaa bermakna cuti ni !!! btul tak???kannn? haha

s0nok s0nok son0k! mcm2 dlm kepala nk wat ni. Tuhan je yg tahu. bye the way, mst ingt. kite plan. Allah yg izinkn same ade plan tu jd or tak, kan? :) ok. da

projek ptame.
plan ptame.
utk hari ptame.
WOW. HAHA

1stly, i nak mantapkan skill memasak i. (mcm roozita che wan gituuuuu) :P
haha. hantu betol!

rase mcm nk wt cakwetiow ler ary ny.
kt mktab asik pekena cakwetiow dpn skola tu je. 
bolela tahan sdpnye.tp xdela h0t sgt
nak try wt ala2 carte cakwetiow cam kat kedai tula. 
yg mabelos mabelosss tu.
bau diaaa....asap diaaa....wrna diaaa.....udang BESAR diaaa......kerang diaa.....
yang penting RASA DIAAAAA.....FUHHHH
TAK SABAR TAK SABAR :D


sedapnye sedapnye sedapnye
w0ha!

tnggu sebulan cukupla
tak yah 2 bulan
badan compom mcm lori trak
haha
xtak2. Insyallah. takkkk :)

ok. cukup sampai ctu dulu.
klw da jd, i will show you okey
klw xjd, amik bau jelaaa..haha
k,bye!


Tuesday, November 12, 2013

kenapa pantai

1. Tenang

Bila berdepan dengan masalah, tgk pmndgn laut. Luas. Bile lihat, lihat dgn mata hati & akal. Luasnye pantai boleh membuka pemikiran yang sempit,sendat dengan masalah dunia n mampu menghdirkan ketenangan.


2. Ilham

Di sana tempat hadirnya ilham-ilham yang berguna dan positif utk kehidupan.
Ilham menjalani kehidupan sbg seorang khalifah, seorng pelajar, seorang anak, seorang rakan dan seorang bakal pendidik, Insyallah. 


3. Tiada gangguan

Bila mana bulan exam dtg, pasti kurindukan pondok usang di persisiran pantai itu. tempat menelaah. baca fikir baca fikir. (klw kt bilik, bce tdo bce tdo)

ALHAMDULILLAH. semua kurniaan Allah swt.



esok last paper utk sem ni
smg apa yang dplajari sem ni bmanfaat utk hari2 bakal seorang pendidik
semakin banyak dipelajari, smakin byk rupenye yang ku tak pernah tahu selama ini.

Wahai Allah...
aku harapkan segala ilmu-MU ini berkat
untuk aku hidup di dunia dan di akhirat
Amin



Andai dakulah dalam bicaramu


Sahabat
andai daku dalam bicaramu
andai daku yang dikau maksudkan
andai daku yang kau perkatakan

Ketahuilah sahabat
aku di sini bukan membencimu
tak pernah aku melupakanmu
tak akan aku membuangmu dari kisah hidupku

hanya seketika
membawa diri bersama insan yang boleh menerimaku
mungkin sikapku juga yang engkau kesali
tak pandai menjaga hati
selalu mengikut kata hati

sahabat
andai aku yang bersalah dalam hubungan ini
aku mohon
diriku dimaafkan
aku mohon
diriku diditerima kembali
sebagai tempat kau bersandar dikala lemah
tempat berhibur dikala sunyi
tempat berkongsi dikala sesuatu sendat tersimpan dihati

sahabat
aku juga terlalu menyayangimu
hingga terpaksa melepaskanmu agar kau peroleh apa yang engkau impikan
tidak ku izinkan diri ini jadi penghalangnya
detik ini
sungguh aku merindukan
saat kita berpimpin tangan ke sana ke mari
senyum ketawa 
sedih gembira bersama
aku harap
kita kembali seperti dahulu,sahabatku

.
.
.
.

Allah ;(


Wednesday, November 6, 2013

untung ade awak :)



In the name of Allah, most gracious and most merciful...


Alhamdulillah. Syukur. rase nak tergelak pun ade bile ingat2 kejadian2 tempoh hari. hehe. rasa sgt bruntung sgt bila org yg kurangnya sifat sabar mcm sayer ni di anugerahkn org yg sntiasa bersabar. Best kan? bestnyerlaahh. (ok,stop!) esok nk exam, siap bole bebel2 pulak kt cny. yakks! teruk btol!

Ayat paling cute superbbb memotivasikan. Sumpah ayat2 ni lah yg sntiasa duduk dlm jiwa raga hati nurani sanubari ini. XD
1.esok nak exam dah. *mksud dia suruh kite risau
2.da bace buku blom? * mksud dia suruh khatamkn buku smpai abis, sbb dia tahu kite slalu bce xabis then sesuke je msuk exam tibai goreng2 ntah hape2.( slumber jwb: DAH)
3.da hafal? *mksud dia bce kene ingt, jgn men larong selak2 dpn blkg lastly ttup n zzzzZZZZ. (gelak je,xleh jwb soln tu)hehe
4.ok..goodluck esok.. bce lg...bce jeee....pstu ingt balik...breng2 ingt.....eaa. (OK!:)
seronok kan ade org pesan2 mcmni. :D

skunk da kul 11 mlm.nk mmbace rse mcm da sendat akal pkrn. da pekena a cup of coffee. segar pulak mata ni. ish! hurm...psanan 1 kite paham. psanan 2 pun kite fhm. psanan 3 pun same.  tiga2 da buat da. skunk psanan 4 je xwt lg...okey okey. nk wt laaa psanan 4 tu kjap. smentara mata msih *mcm segar je..mcm bulat je..mcm xngtuk jeee....:DDDDD 




Sunday, September 29, 2013

kelantan


foodvillage steambot 
happy journey
thnks alot dear friends for this great moment :)

Sunday, September 22, 2013


BismillahirRahmanirRahim

Seredup mentari sedingin angin petang berhembus bertiup
berteman desir ombak menghempas pantai
bersama lambai dedaun dan cicipan burung
Alhamdulillah
masih diberi peluang untuk berpijak di tanah ini
walau berdepan dengan seribu satu badai dan gelora kehidupan
ujian dan nikmat Tuhan
Selaut syukur padamu Wahai Pencipta Alam


hari bersama mereka berlalu pergi
masih terbayang latah dan gelagat mereka
baik nakal
senyum muram
bermain belajar
gembira marah
semua perasaan ini masih bercampur baur dalam ingatan
walau telah terpisah
kenangan tersemat dalam ingatan
rasa seakan tidak cukup masa dua bulan yang diberikan
banyak lagi yang ingin aku sampaikan 
tidak kesampaian
apakan daya
baru nak kenal hati mereka
sudah terpaksa berlalu pergi
telah aku berikan semua
telah aku korbankan segala
telah aku berusaha sepenuh tenaga
hanya doa sentiasa beriringan
agar satu hari nanti dikau jadi insan yang berguna

selesai satu amanah
seribu satu pengalaman
seribu satu kenangan
moga jadi pengajaran dan bekalan
rencah hidup masa hadapan


hari ini
bersambung dengan satu lagi tugas yang perlu diberi perhatian
kadang terasa beban
tidak yakin
diri mampu melaksanakan
mahu tidak mahu
ikhlaskan hari buat persediaan
harapan kelak peroleh kejayaan
Insyallah
mohon Allah swt permudahkan.
Amin

4.46 petang
pantai UMT.KT

Thursday, January 17, 2013

15 januari ke 22

alhamdulillah
selaut syukur kupanjatkan kepadaMu Ilahi
kerana masih diberi peluang untuk bernafas di sini

22 tahun hidup di sini
macam2 yang da aku lakukan
Nabi kate, umur umatku di antara 60 hngga 70 tahun
maka sisa yang berbaki 38 tahun saja jika dikira mengikut sunnah

22 tahun yang aku lalui
bila terasa jauh dengan Tuhan
cepat2 mencari Dia
kadang2 lalai
kadang2 sibuk dengan dunia
ah, mengapa susah untuk meletakkan diri ditempat ISTIQAMAH

betullah kata ulama'
perkara paling susah untuk dilakukan - ISTIQAMAH
tp bila ISTIQAMAH dalam perkara yg kecil
sangat besar ganjarannya daripada melakukan kebaikan yang besar

aku?
kemanakah hala tuju sebenar?


diri!
bisikkanlah pada hatimu
lembutlah engkau dengan selembut-lembutnya
rendahlah engkau dengan serendah-rendahnya
carilah taqwa di saat tidak bercahaya
di situ nikmat sebenar-benarnya...




 
Trail Of Waving Hearts