Blogger Backgrounds

Followers

Wednesday, December 4, 2013

Reminder


The more time you spend 
complaining about your problems, 
the less time 
you’ll have to enjoy your blessings.
When Iman enters the hearts, 
that’s when lives change...

right? ;)

Tuesday, December 3, 2013

Salam Rindu


Sejuk malam buat hati ini terselimut rasa rindu padanya
terdiam aku seorang diri
membayang dia bertandang menemani

Betapa rindunya aku...


Baru saja mulut melemparkan kata-kata 
mungkin pedih
mungkin terkesan di dalamnya
namun 1001 makna yang aku siratkan
dalam gurau ada ingatan
tidak sepatutnya aku katakan sedemikian
kerana aku sedar
aku bukan siapa-siapa
tapi hati yang penuh rasa cinta kasih dan sayang
melayakkan aku menghamburkan rasa hati dan perasaan

dalam kemarahan
tidak aku lupa berbisik pada diri sendiri
cinta dan kesetiaan teruji ketika jarak dan waktu memisahkan
hanya KEPERCAYAAN yang mampu mempertahankan

maafkan aku, saat berbicara terkadang menyakitkan
kalau boleh, ingin saja aku tatang
Bagai menjaga permata intan ketika dicanai
mana mungkin nak diracik hati yang selama ini aku jaga
maafkan aku.
niat dihati hanya mahu memperbetul keadaan
dari jauh
jujur dari ceruk hati


mana mungkin pungguk tidak rindukan bulan?

Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati
kini aku retak pertujuh

laksana jentayu menantikan hujan.



12.12 pagi
nukilan rindu
karya asli Bumi Malaysia.


Monday, December 2, 2013

Redha












Hidup ini
perlu diteruskan
biar Allah yang menyusunkan
dengan sebaik-baik keindahan
Selamat Malam~


Begitulah Cinta


Kepedihan cinta adalah kerinduan
Ketakutannya adalah perpisahan
Maka berhati-hatilah dalam bercinta
Agar tidak tersalah dalam memberi cinta
Ada cinta yang menguntungkan
Ada cinta yang merugikan



Jika cinta diberi pada jalan Allah,
maka kepedihan rindu itu
adalah pahala yang melimpah ruah.
Ketakutan perpisahan menyebabkan 
bertambah erat
Cinta kepada Allah.
Namun cinta berlandaskan nafsu
kepedihan rindu menggelapkan hati
ketakutan perpisahan adalah keazaban.




Mengapa hati begitu tenang saat diuji kali ini?
Aku sendiri tidak mengerti
Biasanya bila cinta yang disulam jarumnya patah
benangnya kusut
Mahu saja kukoyakkan semuanya
Namun kali ini
mengapa perasaan yang kadang-kadang bungkam 
mudah saja meniti titian ketenangan
mungkin mehnah dulukala
yang hadir sedikit-sedikit
mengajar aku bertatih perlahan-lahan
tanpa menangis



Sedang asyik memikirkan perkara yang bukan-bukan
apa salahnya menadah tangan
mohon keampunan pada Yang Maha Mengetahui
akan perjalanan cinta yang telah dilalui selama ini
Benar, bahagia
mungkin bahagia hari ini
tapi esok lusa siapa tahu
berkatnya ntah kemana
Masih panjang perjalanan jika diberi nafas dan nyawa
Astagfirullahal'azim...
jentikan mehnah mahabbah insani membuat aku terlentok pada kasih-Mu Ilahi




11.08 malam
nukilan rasa hati
Bumi Malaysia





Sunday, December 1, 2013

Allahumma sayyiban nafi'a

Hujan-hujan lebat ni,teringat zaman sekolah. Sekolah dilanda banjir besar. Bekalan makanan tersekat. Kat asrma makan nasi lauk ikan masin je. Kota Tinggi diisytiharkan darurat. Malam2 bising bunyi helikopter round2 ats bngunan asrama. Tak gi sekola seminggu. Datang2 je skola, tgk dewan besar penuh lumpur. Naik tingkat atas, nmpak kereta tonggang tebalik terselit kat dahan pokok. Rumah2 da tak rupa rumah. Jam kat dataran Kota Tinggi da tak nampak da mase tu. 

Bende yang nak cita, time tu kene pulak time birthday kite. Call abah kat public phone asrama dalam kehujanan gerimis...buat-buat tnya, abah..abah..hari ni hari ape? abah cakap, isnin. Esok? abh jwap, selasa la. Bole pulak tanya, abah tak ingat ke esok ari ape? Tiba-tiba abah gelak. hehehe. Malu pulak sebab abah tau.

Esok petang, tepon abah lagi. Tiba-tiba abah cakap, abah dalam kereta, ondeway pegi asrama sebab nak anta kek. Tapi tengah tersadai kat tepi jalan sebab banjir teruk. Sedih pulak time tu. Last2 abah cakap, mmg kete xbole lalu. Abh mintak izin balik umah. nanti banjir surut abah janji nak datang semula. Peh, masa tu menjejeh air mate. sedih bcampur terharu.

Hujung minggu, dengar mmbr panggil nama. Ade parents datang. Trkejut gorilla makcik. JAY4232 datang. Abah naik kete buruk je mase tu, sempoi datang, bawak air kotak, jajan2...2 plastik besar. Mak datok! mcm nak suruh buat party. Tanya abah, keknye mane. Abah jawab, yg aritu da selamat masuk lobang jamban kat umah. ni abah nk beli, kedai kek da bankerap banjir. haha. #gelak besar# 

Tiba-tiba abah kuarkan sekotak jam tangan. Dia bagi.nah long...fuahhh. cun betul mase tu dapat jam besi. selama ni pakai jam seploh hingget je.suka gila time tu.melompat2.  zaman kanak-kanak....gitula.huh. Kenangan sume tu.

Sekarang da besar. Memori tetap masih segar. 

Tengok luar, hjan xbenti-benti. makin lebat pulak. Jom bedoa, moga2air hujan yang jatuh atas bumbung rumah ni beserta rahmat yang mencurah-curah seperti lebatnya air hujan yang jatuh ke bumi. Insyallah :)

Allahumma sayyiban nafi'a ya Allah....

Perlukah aku kuat pada hal yang tak pasti

Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. (lagi-lagi buat aku yang penuh dosa). Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar

Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.

Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik. Harapnya begitu.





Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.

Kata abah, dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”





Maafkan aku, ketika terlalu sibuk ‘mengharap’ pada satu yang tak pasti, aku kehilangan daya untuk menghadapi rasa cemburu dalam diri. Bukan kerana mementingkan diri, tetapi begitulah perjalanan hidup… apa yang bergolak di dalam kadangkala menyebabkan segala yang di luar menjadi bungkam.

Namun, mana mungkin kita lari daripada perasaan yang kadangkala membolak-balikkan? Lalu, kugagahi juga untuk berbicara… Bicara tentang ujian. Bicara tentang bahagia. Bicara tentang iman…yang semakin hari semakin pudar,rosak,dan hilang. Mungkin ini tarbiyyah buat diri sendiri. Sebagai jambatan kembali kepada Ilahi. Yang rosak perlu diperbaiki. Yang hilang perlu dicari. 

Cinta. 
semakin lama semakin diuji.
Ya Ilahi. percepatkan jodoh ini 
andai dia yang tertulis di arasy-Mu.
Jauhi dia dari sanubari ini 
andai dia bukan milikku. 
Amin


sedih
tp apa daya
kalau dikenang melemahkan jiwa
kalau diungkap bimbang porak-peranda
Allah :(
Kau saja tempat yang aku ada
patutnya aku perlu sedar
sedih ini
supaya aku kembali kejalanMu
:,(





 
Trail Of Waving Hearts