kehadapan dia yang jauh di mata
diharap sihat2 hendaknya
memandangkan kita sama-sama bakal menghadapi exam yang tak berapa lama lagi, di sini ingin kuucapkan selamat berpulun berusaha mencapai sasaran yang kita sama-sama telah tetapkan. janganlah dikau risaukan diriku di sini. diri ini telah berazam mahu berubah menjadi sepertimu. doaku mengiringi setiap langkah perjuanganmu. kuharap dikau juga mendoakanku. akan kupegang pesanan dan amanatmu sejakku dibangku sekolah lagi, usaha sungguh-sungguh, kejayaan pasti milik kita bersama. terima kasih yang terhingga atas setiap masa yang telah dikau korbankan untukku sungguhpun di sana banyak lagi tugasan-tugasan yang perlu dikau diselesaikan. akhir bicara, jaga diri baik-baik, jaga solat, makan ikut waktu, jaga kesihatan, call mak abah selalu...
sambutlah salam rindu dariku,
saidatul~