Blogger Backgrounds

Followers

Saturday, September 8, 2012

makin jauh makinku rindu


Sekejap je masa berlalu, rasanya macam baru hari tu menangis gembira akan kepulangannya di sini. tak diduga hari ini air mata mengalir lagi sebab pulangnya dia ke sana semula. 3 minggu di sini, 3 hari sahaja yang dapat bersua. itupun sudah cukup untukku mengucap syukur Alhamdulillah. walaupun tak lama, namun segala kenangan masih segar dalam ingatan. lagi-lagi kenangan ketam masak lemak. takkan kulupa sampai bila2.

terima kasih kepada yang sudi ke sana ke sini meluangkan masa di sisi. berat rasanya untuk melepaskan pergi. tapi, apalah daya diri ini, perginya bukan menghilang diri, ada yang lebih penting untuk ditelusuri. Doaku di sini, moga tercapai hajat di hati. Menggapai cita yang tinggi. Buat bekalan pulang ke sini. Sebagai tanda membalas budi mak dan abah suatu hari nanti. Aku di sini setia menanti, biar hari berganti hari, doaku untukmu sentiasa mengiringi.

Terima kasih atas segala-galanya. pada setiap korban ruang dan masa.

 Duhai insan yang aku sayangi, selamat meneruskan perjalanan hidup di sana...Moga Allah membantu pada setiap kesusahan dan kesulitan...

Jangan lupa...
jaga solat
makan nasi msti dgn lauk(jgn buat sy nangis tgk awk mkn lg)

Ingat...
sesusah manapun tajuk, setebal mana pun buku, sesempit mana pun masa, sesibuk mana pun ruang, sepenuh manapun kelas, awak mesti boleh:)

 
Trail Of Waving Hearts