Blogger Backgrounds

Followers

Tuesday, February 14, 2012

Bila diri disayangi

Da lama tak bersihkan ruangan saya ini. Habis berkulat-kulat, berhabuk penuh sarang labah-labah. Hari ni baru berpeluang menjenguk. Selamat tengah hari buat diri saya sendiri. Hari ni, sungguh...diri ini bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana dikurniakan insan-insan yang sentiasa menyayangi. Seluruh kaum keluarga, dia, mereka dan semuanya...Alhamdulillah.





Mana lagi nak pertaruh kasih, kalau tak bukan pada keluarga yang sememangnya sudah terjalin ikatan. Di sanalah tempat diri ini dicurahkan dengan curahan kasih sayang hakiki. Suci... Tempat diri ini meluah rasa. Tempat diri ini merasai nikmat indahnya bahagia. 


Pada dia yang tak pernah jemu mencurah cinta, ada dikala diri ini gembira dan sedih. Tempat diri ini menumpang bahu tatkala berduka, tempat diri ini bertongkat tatkala rebah berjalan, tempat diri ini berteduh tatkala hujan panas...namun disebalik setiap duka, diri ini tersangat bersyukur kerana sentiasa dapat melihat pelangi bersamanya.


Pada Dia Yang Maha Esa, Alhamdulillah...setiap yang berlaku dibawah aturannya. Setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya. 


Hidup tak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan :)

No comments:

Post a Comment

 
Trail Of Waving Hearts